Sesuatu yg telah ditetapkan.....kita hanya mampu merancang ..Tuhan yang menentukan....
satu prasa yang amat tepat lagi nyata....bermula dari tahun 2010 yang lalu...yang merupakan titk sejarah dalam hidup aku ....catatan yang lebih berharga dari wang ringgit ....iaitu pertemuan kembali dengan rakan-rakan persekolahan aku.....
Terpisah lebih dari 20 tahun dan bukan merupakan satu jangka masa yang singkat, kami dipertemukan kembali...
rakan-rakan yang berkongsi suka duka....pahit maung semasa mengharungi zaman persekolahan dahulu...
Sesuatu yang tidak dapat kita kembalikan kembali .....dan merupakan zaman yang bakal mencorakkan masa depan seseorang itu...
Berbalik kepada diri aku....sehingga kini aku masih lagi menerima kejutan demi kejutan dan pertemuan demi pertemuan tidak kira secara terus mahupun di alam maya....
Hanya kesyukuran yang mampu aku ucapkan tatkala diri aku masih lagi tergiang-giang tidak percaya dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan lama.....
Jadi kepada pembaca di luar sana....percayalah...kita tidak dapat lari dari ketentuan NYA.....sentiasa lah berdoa agar saudara seagama kita senantiasa berada dalam keredhaan NYA...dan kepada rakan-rakan ku yang telah PERGI......sekalung AL-FATIHAH buat mereka.....
al-fatihah.
ReplyDelete